Bengkel
Khalifah
A star
Merupakan
satu program yang disusun khas bagi membentuk jati diri seorang muslim bagi
menjadi Khalifah seperti mana yang dinyatakan dalam Al-Quran.
Program
ini dijalankan dengan kaedah Coaching-Mentoring. Ini bagi membolehkan setiap
peserta mendapat manfaat optimum dan menggalakan perbincangan pelbagai hala
diantara peserta dengan peserta dan perserta dengan coach.
Coach
akan berkongsi bersama peserta tajuk-tajuk dibawah.
- Akhlak Islamiah
Akhlak ialah cahaya kepada seorang Muslim dan
1/3 dari islam. Tanpa akhlak yang betul seperti mana tuntutan Islam, kejayaan
adalah seperti tidak beerti.
Peserta akan berbincang tentang akhlak islamiah dan
muhasabah diri.
- Mengenal Diri
Peserta akan diajar untuk mengenal diri.
Menurut ahli hikmah, sesiapa yang mengenal dirinya maka dia akan mengenal Allah. Mengenal Allah adalah perkara penting bagi mendapat makna hidup dan kemanisan ibadah.
- Ruang Masa
Makhluk terhebat ciptaan Allah ialah masa.
Masa menguasai setiap sesuatu kecuali Maha Pencipta. Orang yang hebat ialah
orang yang menguasai masa, bagaimana menguasai masa?
- Master PIES + IMAN
Manusia memerlukan elemen Fizikal,Emosional,
Mental dan Spiritual, malah unsur tersebut sememangnya ada dalam diri manusia,
bagaimana ia boleh dikawal dengan IMAN? Dimanakah letaknya IMAN? Peserta akan dilatih bagi menguasai setiap unsur tersebut dan menggunakannya secara optimum dalam kehidupan seharian.

- Time Line
Peserta akan diajar untuk mencapai cita-cita
dan impian secara sitemik dan
sitematik dengan kaedah time line.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan